BAGHDAD: Selepas beberapa jam ditutup sejurus jirannya, Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu terhadap Israel, Iraq membuka semula ruang udaranya.
Perkembangan itu diumumkan pihak berkuasa penerbangan negara berkenaan.
Negara yang berjiran kepada Iraq iaitu Jordan, Lubnan dan Israel turut membuka semula ruang udara hari ini.
Pihak berkuasa penerbangan awam Iraq dalam satu kenyataan memaklumkan, pembukaan semula ruang udara dan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan di lapangan terbang negara itu, mengambil kira penilaian risiko keselamatan terhadap pesawat penerbangan awam.
Media tempatan Kurdish di utara Iraq melaporkan, dron milik Iran dilihat berlegar-legar di wilayah autonomi Kurdish semalam.
Di Jordan, Ketua Suruhanjaya Penerbangan Awam, Haitham Misto, memaklumkan saluran Al Mamlaka : “Ruang Udara Jordan sudah dibuka semula dan situasi kembali normal”.
Ketua Pegawai Eksekutif Royal Jordanian, Samer Majali, berkata pesawat penerbangannya sudah menyambung kembali perkhidmatan tatkala menjangkakan akan berlaku beberapa kelewatan.
Di Lubnan, Menteri Pengangkutannya, Ali Hamie, berkata pihaknya sudah pun menyambung semula operasi penerbangan di negara itu sejak jam 7 pagi tadi.
Tambah beliau, pihaknya sedang memantau situasi semasa.
Di Israel, pihak berkuasa lapangan terbangnya memaklumkan ruang udara yang ditutup sejak 12.30 tengah malam tadi susulan serangan dilancarkan Iran, dibuka semula pada jam 7.30 pagi tadi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Iran
- Letupan kuat kedengaran di Israel selepas Iran lancar serangan dron
- [VIDEO] Iran mula lancar serangan udara ke Israel
- Serangan Iran: Israel minta Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar
- Jangan burukkan keadaan yang sedia tegang di Asia Barat – Mohamad
- Reaksi berbeza ‘darjat’ badan dunia terhadap Iran dan Israel
- Lebih 300 dron, peluru berpandu Iran sasar Israel