comscore
Tumpuan :
Dunia

Roti bakar, jus antara lebih 751 juta produk makanan dibekalkan kepada jemaah haji di tanah suci

Lebih 751 juta produk makanan di bawah kendalian Kementerian Perdagangan disediakan kepada jemaah haji di tanah suci Makkah, tahun ini. – Foto AGENSI

RIYADH: Lebih 751 juta produk makanan di bawah kendalian Kementerian Perdagangan disediakan kepada jemaah haji di tanah suci Makkah sepanjang tempoh musim ibadat itu pada tahun ini.

Kementerian Perdagangan menyediakan pelan komprehensif untuk memastikan bekalan makanan tidak putus kepada jemaah sepanjang musim haji ini.

Atas dasar itu, pihak kementerian turut memberi kuasa kepada lebih 700 trak pengangkutan untuk membekalkan semua komoditi dan produk makanan yang diperlukan oleh jemaah di pusat jualan di tanah suci berkenaan.

“Produk paling banyak diambil ialah minuman membabitkan 406 juta botol tenusu dan jus, diikuti lebih 207 juta botol air.

“Lebih 128 juta keping roti bakar diambil, manakala hidangan sedia untuk dimakan pula mencatatkan lebih tujuh juta.

“Ia adalah tambahan kepada lebih daripada tiga juta acuan kiub ais,” katanya.

Menurut kementerian itu, pasukan pemantauan lapangan turut dikerah bagi memastikan stok bahan makanan mencukupi di pasar, gudang dan kedai jualan sepanjang musim haji.

Katanya, pasukan itu juga memantau premis komersial dan gerai di Makkah serta Madinah bagi memastikan mereka mematuhi Undang-undang Perlindungan Pengguna, selain mencegah semua jenis perlanggaran. – AGENSI

Loading...
Terkini