Tumpuan :
Dunia

Ronaldo yakin lebih ramai akan ke Arab Saudi

Foto : Reuters

JEDDAH: Cristiano Ronaldo percaya perpindahannya ke Arab Saudi awal tahun ini membuka pintu kepada pemain lain untuk ikut serta.

Ronaldo meninggalkan Manchester United sebelum menandatangani kontrak bernilai 175 juta pound (RM1.02 bilion) setahun bersama Al-Nassr.

Sejak itu, Liga Pro Saudi mula terbabit lebih banyak dalam pasaran perpindahan Eropah, dengan lebih ramai bintang bola sepak menjadi sasaran kelab-kelab Arab Saudi.

Lionel Messi dikaitkan dengan perpindahan ke Al-Hilal sebelum bekas pemain Barcelona dan Paris Saint-Germain itu memilih Inter Miami di Amerika Syarikat.

Minggu lalu, pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema menyempurnakan perpindahan ke Al-Ittihad.

“Saya tahu perpindahan saya ke Arab Saudi akan membuka laluan dan saya tidak salah.

“Saya pasti dalam tempoh beberapa tahun lagi, liga ini akan menjadi salah satu liga terpenting di dunia.

“Karim sudah pergi dan saya 1,000 peratus pasti yang lebih ramai pemain akan turut serta,” kata Ronaldo.

Loading...
Terkini