comscore
Tumpuan :
Dunia

Rogan ‘bimbang’ kemampuan Tyson kembali bertarung

Foto fail Reuters

LONDON: Pengulas terkenal, Joe Rogan meluahkan kebimbangannya mengenai pertarungan kontroversi Mike Tyson menentang Jake Paul yang dijadualkan semula pada 15 November depan.

Pertarungan itu sepatutnya bulan lalu tetapi ditangguhkan kerana Tyson mengalami ulser.

Pertembungan itu akan tetap diteruskan walaupun mendapat kecaman meluas daripada peminat dan pengkritik.

Bercakap mengenai pertarungan hujung tahun itu, Rogan kecewa Tyson mengambil keputusan kembali beraksi ketika dia juga percaya bekas juara heavyweight dunia masih mempunyai keupayaan bertinju.

Tetapi dia bimbang mengenai bagaimana petinju legenda berusia 58 tahun itu akan bertahan menentang lawan yang jauh lebih muda.

Dalam episod baharu The Joe Rogan Experience, di mana dia disertai oleh pelakon Russell Crowe, pengulas UFC itu berkata: “58 (tahun) tetap 58, tidak kira apa yang anda ambil dan apa yang mereka lakukan untuk anda.

“Persoalannya ialah bolehkah dia mengatasi lawannya berusia 28 tahun yang berada di puncak prestasi? Maksud saya, dia (Paul) menewaskan bekas juara dunia UFC seperti Tyron Woodley.

“Jake bertarung dengan baik ketika bertemu Tommy Fury yang juga seorang petinju profesional dan dia mengalahkan Mike Perry.

“Dia adalah seorang petarung sebenar. Dia boleh bertarung dan jika Mike Tyson dan dia bertarung dan Mike tidak dapat menewaskannya, maka ia agak sukar.’ kata Rogan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini