comscore
Tumpuan :
Dunia

Roda Boeing tercabut, pesawat mendarat cemas

LOS ANGELES: Sebuah jet Boeing 777 dalam penerbangan ke Jepun dengan membawa lebih 200 penumpang melakukan pendaratan cemas sejurus berlepas, apabila sebuah rodanya tercabut lalu terjatuh ke kawasan parkir di sebuah lapangan terbang.

Rakaman video yang dikongsikan dalam talian, menunjukkan roda berkenaan tertanggal beberapa saat selepas pesawat United Airlines itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.

Roda terbabit kemudian melantun ke kawasan parkir dan mengenai beberapa buah kereta kakitangan lapangan terbang sekaligus mengakibatkan kerosakan.

Sementara itu, United Airlines berkata, terdapat seramai 249 orang berada di dalam jet berkenaan yang menuju ke Osaka.

FOTO: Reuters

Menurutnya, penerbangan itu dilencongkan ke Los Angeles dan mendarat dengan selamat, manakala penumpang dijangka meneruskan perjalanan pada hari sama.

Syarikat penerbangan itu berkata, pesawat Boeing 777 mempunyai enam roda pada setiap sangga pendaratan utamanya, dan ia direka untuk mendarat dengan selamat jika terdapat suatu yang hilang atau rosak.

Boeing dilaporkan berdepan siri isu kawalan kualiti, dengan terbaru membabitkan insiden pada Januari lalu di mana sebuah panel bersaiz pintu pada Boeing 737 Max 9 tercabut selepas pesawat itu berlepas dari lapangan terbang di Portland, Oregon.

Tiada individu dilaporkan cedera serius dalam insiden berkenaan yang mencetuskan tindakan penggantungan selama 19 hari ke atas semua pesawat Boeing 737 Max 9.

Minggu lalu, pihak pengawal selia Amerika Syarikat (AS) memberi tempoh 90 hari kepada Boeing untuk mengemukakan pelan menangani isu kawalan kualiti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini