comscore
Tumpuan :
Dunia

Ribut Tropika Oscar ragut 6 nyawa di Cuba

Foto: Reuters

BARACOA: Ribut Tropika Oscar yang melanda Cuba meragut enam nyawa.

Oscar mula melanda daratan berdekatan Baracoa sebagai Taufan pada tahap satu sebelum melemah kepada ribut tropika.

Selain angin kencang, Oscar turut membawa taburan hujan lebat mengakibatkan kejadian tanah runtuh.

Paling teruk terjejas wilayah timur negara dengan banyak kemusnahan dilaporkan di wilayah Guantanamo.

Sebahagian kawasan turut dilanda banjir kilat.

Selain bekalan elektrik terputus, penduduk juga berdepan kekurangan bekalan air, makanan dan ubat-ubatan.

Pasukan penyelamat dikerah ke lokasi teruk terjejas bagi membantu mangsa dan menilai jumlah kerosakan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini