comscore
Tumpuan :
Dunia

Ribut Tropika John dijangka badai Pantai Pasifik Mexico

Taufan itu telah mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang memusnahkan kediaman penduduk.

MEXICO: Selepas melanda Pantai Selatan Mexico, Ribut Tropika John yang semakin kuat bergerak semula ke lautan pasifik tetapi ia diramalkan akan melanda semula Mexico.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat, John mula mendarat Isnin lalu dengan kekuatan taufan yang besar.

Taufan itu telah mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang memusnahkan kediaman penduduk.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya lima maut.

Seorang Pakar Meteorologi Perlindungan Awam meramalkan akan berlaku pusingan baharu hujan lebat hingga Jumaat.

Pusat Taufan yang berpangkalan di Miami menandakan kemungkinan bahawa John sekali lagi boleh menjadi taufan sebelum ia menyerang pantai.

Pusat itu memberi amaran kemungkinan banjir kilat beserta banjir lumpur merentasi empat negeri di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini