BRAZIL: Penduduk di Rio Grande do Sul menyuarakan kebimbangan mereka tatkala ribut taufan baharu mula membadai selatan Brazil.
Bencana alam ini berlaku hanya seminggu selepas taufan tropika luar biasa menyerang sekaligus meragut 41 nyawa dengan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal.
Visual dron menunjukkan pekan Esteio berdekatan Porto Alegre mengalami kejadian tanah runtuh selain jalan raya turut ditenggelami air bah berlumpur.
Penduduk khuatir dan yakin situasi bencana alam ini akan semakin memburuk.
Institut meteorologi Brazil memberi amaran, ribut taufan luar biasa kuat akan mula membadai bermula hari ini dan esok dengan tadahan hujan sehingga 150 mm bakal dicatatkan.