BRAZIL: Sekurang-kurangnya 21 terbunuh dalam kejadian taufan siklon tropika luar biasa yang melanda Brazil.
Paras air yang naik mendadak menyebabkan kediaman ditenggelami air, selain paras air sungai turut melimpahi tebing.
Visual dron menunjukkan keseluruhan pekan Mucum ditenggelami air bah selepas fenomena siklon mula membadai kelmarin.
Puluhan kediaman mengalami kerosakan pada bahagian bumbung ekoran hujan batu yang melanda.
Sementara itu di Rio Grande do Sul, ratusan penduduk turut terputus hubungan dengan dunia luar.
Rentetan situasi cuaca buruk itu, ratusan penduduk dari Luana da Luz segera berpindah berikutan paras air bah yang semakin meningkat.