Tumpuan :
Dunia

Ribut salji, lebih sejuta penduduk terputus bekalan elektrik

FOTO: Reuters

QUEBEC: Lebih sejuta penduduk di selatan Quebec, Kanada bergelap susulan ribut salji yang mengakibatkan bekalan elektrik terputus.

Angin kencang menyebabkan banyak kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan jalan raya dan menimpa talian elektrik.

FOTO: Reuters

Rentetan kejadian, Perdana Menteri, Justin Trudeau meninjau lokasi yang terjejas teruk selain memberi sokongan terhadap mangsa bencana.

Beliau berharap agar mangsa bersabar berdepan dugaan ini dan memberi jaminan bantuan sewajarnya akan disalurkan dari Ottawa bagi penduduk di Montreal dan Quebec.

FOTO: Reuters

Dalam pada itu, menurut pihak berkuasa tempatan, banyak kejadian pokok tumbang menjadi punca bekalan terputus.

Penduduk berharap bekalan elektrik dapat dipulihkan dalam tempoh kurang 24 jam.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Loading...
Terkini