Tumpuan :
Dunia

Ribut salji & keadaan sejuk melampau diramal landa Jepun.

TOKYO: Jabatan Kaji Cuaca Jepun memberi amaran akan berlaku tiupan udara paling sejuk pada musim ini, yang mungkin membawa kepada salji tebal ke sebahagian besar negara itu dalam masa terdekat.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA), berkata jisim udara ultra sejuk yang bertiup ke barat dan timur Jepun antara Selasa dan Khamis boleh membawa gangguan kepada lalu lintas akibat salji lebat dan ribut salji.

Justeru, agensi itu menggesa pengguna jalan raya terutama pemandu agar lebih waspada dalam keadaan bersalji.

Orang ramai juga telah bersiap sedia menghadapi salji tebal serta suhu sejuk secepat mungkin.

JMA menyatakan, lebih buruk paip air juga boleh membeku dan mungkin berlaku gangguan bekalan elektrik.

Selain itu, mereka yang tinggal di kawasan yang dijangka dilanda salji tebal disarankan kekal berada di rumah, jika tiada keperluan untuk keluar.

Kawasan yang berhadapan dengan pantai Laut Jepun dari utara ke barat Jepun turut dijangka mengalami salji lebat dan ribut salji bermula esok hingga Khamis.

Dalam tempoh 24 jam hingga pagi Rabu, dijangka kawasan di tengah Jepun, timbunan salji mungkin mungkin mencecah sedalam 100 sentimeter, dengan angin di beberapa wilayah melebihi 82 kilometer sejam.

Loading...
Terkini