COLORADO: Ribut salji melanda Colorado, Amerika Syarikat menyebabkan beberapa penerbangan dibatalkan dan ditunda.
Keadaan itu juga mengakibatkan lebuh raya yang menghubungkan Denver dengan Colorado Ski Resorts ditutup.
Cuaca buruk yang bermula sejak Rabu malam itu, menyaksikan salji paling tebal turun di Denver, diramal berakhir pada Jumaat pagi.
Seorang saksi sempat merakam video menunjukkan kenderaan yang terkandas di pinggir jalan di Denver.
Ribut salji ini turut menjejaskan kawasan banjaran pergunungan Colorado.
Menurut media tempatan, ketinggian paras salji direkodkan melebihi 30cm di beberapa bahagian di negeri itu.
Sementara itu, ratusan sekolah, premis perniagaan dan pejabat kerajaan di bandar itu juga ditutup.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.