IRAQ: Ribut pasir kuat melanda Baghdad.
Kebanyakan kawasan mengalami penurunan jarak penglihatan sehingga hanya beberapa meter.
Ribut turut mengakibatkan peniaga menutup kedai mereka.
Penduduk yang keluar rumah pula terpaksa memakai pelitup muka atas faktor kesihatan.
Iraq sering dilanda ribut pasir bermusim namun pakar cuaca semakin bimbang dengan kekerapan ribut pasir yang melanda negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ia diburukan lagi dengan kekurangan hujan serta perubahan iklim. – AP
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.