Tumpuan :
Dunia

Ribut Herminia cetuskan banjir di barat Perancis

FOTO: Reuters

RENNES: Banjir menenggelamkan kereta dan bangunan di bandar Rennes, barat Perancis, semalam ketika Ribut Herminia melanda sebahagian kawasan barat negara itu.

Perkhidmatan Cuaca Meteo France meramalkan tiupan angin sehingga 150 kilometer sejam (93 batu sejam) serta ombak tinggi di kawasan pantai di wilayah Brittany.

Meteo France telah meletakkan 10 jabatan di Perancis pada amaran jingga, iaitu tahap kedua tertinggi, kerana Herminia dijangka bergerak ke utara Perancis sehingga Isnin (27 Januari).

Episod ribut ini berlaku beberapa hari selepas Ribut Eowyn melanda Ireland dan Ireland Utara, menyebabkan seorang lelaki maut, hampir satu pertiga rumah dan perniagaan di Ireland terputus bekalan elektrik, serta pembatalan ratusan penerbangan. REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini