Tumpuan :
Dunia

Ribuan sertai protes di Tel Aviv tuntut pembebasan tahanan

TEL AVIV: Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu terus berdepan tekanan mengakhiri konflik perang di Gaza dengan ribuan penunjuk perasaan melancarkan protes terbaharu, turun ke jalanan di Tel Aviv menuntut pembebasan tahanan.

Kemarahan sekali lagi disuarakan penunjuk perasaan yang menyifatkan kegagalan pentadbiran Israel.

Malah Netanyahu turut digesa mencari penyelesaian segera ke arah kesepakatan gencatan senjata.

Ini kerana usaha mencapai persetujuan gencatan senjata masih tergantung susulan rejim zionis masih melakukan serangan genosid.

Konflik perang yang berlarutan selama 11 bulan sehingga kini meragut ribuan nyawa penduduk Gaza dan tahanan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini