Tumpuan :
Dunia

Ribuan penduduk Gaza mula pulang ke rumah

FOTO: Reuters

GAZA: Ribuan penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal dan terpaksa berpindah-randah sejak peperangan meletus pada Oktober 2023, memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah masing-masing, hari ini.

Ia susulan gencatan senjata antara Israel dengan Hamas, yang ditunggu-tunggu sekian lama, kini berkuat kuasa setelah peperangan berlarutan selama lebih 15 bulan.

FOTO: Reuters

Penduduk terbabit dilihat membawa bersama khemah, pakaian serta pelbagai barangan mereka dengan menaiki trak dan pedati keldai, selain ada yang terpaksa berjalan.

Mereka melalui kawasan Gaza yang musnah, terutama di bahagian utara wilayah Palestin itu.

FOTO: Reuters

Terdahulu, Israel mengumumkan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas bermula di Gaza, pada jam 9.15 pagi Ahad waktu GMT (5.15 petang waktu Malaysia).

Ia hampir tiga jam lewat daripada masa yang dijadualkan lebih awal, susulan penangguhan saat akhir diumumkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini