GOMA: Ribuan orang, termasuk tentera Congo, melarikan diri ke Rwanda pada Isnin (27 Januari) ketika kumpulan pemberontak M23 mara ke bandar Goma di timur Congo, menurut saksi.
Kumpulan pemberontak yang disokong oleh Rwanda itu mendakwa telah menguasai bandar tersebut dan mengabaikan tuntutan Majlis Keselamatan PBB untuk menghentikan serangan mereka.
Penduduk melaporkan bunyi tembakan di sekitar lapangan terbang, pusat bandar, dan sempadan Rwanda.
“Terdapat kekeliruan di bandar ini. Di dekat lapangan terbang, kami melihat tentera. Saya belum melihat M23,” kata seorang penduduk Goma kepada Reuters. “Terdapat juga beberapa kes rompakan kedai.”
Pasukan pengaman PBB mula memindahkan kakitangan dan keluarga mereka ke Rwanda ketika Kenya menyeru satu mesyuarat kecemasan pemimpin serantau.
Amerika Syarikat, Perancis dan Britain mengutuk dakwaan sokongan Rwanda terhadap M23. Tuduhan itu bagaimanapun dinafikan oleh Rwanda. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.