CIGACICE, Poland: Berikutan ribuan ikan mati di tebing sungai yang subur dan menelusuri di antara Poland dan Jerman, tempahan bot di lokasi tumpuan pelancong, Sungai Oder merudum sebanyak 90 peratus.
Situasi terkini di destinasi pelancongan marin di Cigacice, Poland yang kini sepi tanpa pengunjung, hanya terdapat anggota bomba dilihat masih berusaha mengeluarkan ikan mati di sungai berkenaan.
Manakala pekerja agensi alam sekitar dilihat mengambil sampel air untuk menjalankan ujian.
Seorang daripada pengusaha bot pelancong, Piotr Wloch tertekan kerana bot miliknya kosong berikutan kematian hidupan marin di sungai itu yang masih disiasat pihak berkuasa tempatan.
Menurut pihak berkuasa, sekitar 200 hingga 300 kilogram ikan mati telah dialihkan di Cigacice dalam tempoh beberapa hari lalu, dengan jumlah keseluruhan kira-kira 300 tan dikeluarkan sejak awal Ogos.
Walaupun tanda-tanda pertama pencemaran muncul pada penghujung Julai lalu, kawasan sekitar Cigacice hanya terjejas pada 8 Ogos lalu dengan beribu-ribu ikan mati mula timbul.
Kerajaan Poland hanya bertindak balas pada 12 Ogos lalu, sekali gus mencetuskan kritikan meluas daripada pihak berkuasa tempatan Poland dan Jerman.