Tumpuan :
Dunia

Ribuan ikan mati cemari Pantai Chile

CHILE: Ribuan ikan ditemukan mati bertaburan di pantai wilayah Arica dan Parinacota, utara Chile, pada Selasa lalu, mencetuskan operasi pembersihan segera susulan risiko kesihatan yang ditimbulkan oleh bangkai yang mereput.

Kerajaan Chile juga mengesahkan kejadian itu menerusi satu kenyataan rasmi.

Perkhidmatan Kebangsaan Chile untuk Perikanan dan Akuakultur (SERNAPESCA) memberi amaran melalui platform media sosial X agar penduduk tidak menyentuh atau memakan ikan tersebut. Ini berikutan laporan bahawa segelintir penduduk membawa pulang ikan-ikan itu, tindakan yang boleh meningkatkan risiko kesihatan.

Siasatan awal menunjukkan hipoksia, kekurangan oksigen dalam air sebagai punca utama kejadian.

Institut Pembangunan Perikanan kini sedang menganalisis sampel air untuk mengenal pasti faktor lain, termasuk paras oksigen rendah dan kemungkinan pengaruh persekitaran.

Pihak berkuasa terus memantau situasi bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan dan memastikan pembersihan dilakukan dengan segera.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini