Tumpuan :
Dunia

Resolusi tuntut Israel keluar dari Palestin dijangka diundi minggu depan 

FOTO: Reuters

NEW YORK: Hasrat Palestin untuk menuntut Israel keluar dari wilayah yang dicerobohnya secara haram mula diberi perhatian apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB dijangka membuat undian draf resolusi Palestin itu dalam tempoh terdekat.

Menurut Reuters, undian berkenaan dijadual dilakukan ketika Perhimpunan Agung PBB, UNGA pada minggu depan.

Draf resolusi itu selaras dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ICJ pada Julai lalu yang jelas menyatakan pendudukan Israel di wilayah Palestin tidak sah dan perlu ditamatkan.

Tempoh enam bulan untuk Israel keluar dari bumi Palestin turut ditetapkan dalam draf resolusi itu.

Pendapat resolusi UNGA tidak mengikat mana-mana negara sama seperti pendapat berdasarkan keputusan ICJ, namun keputusan daripadanya mampu memangkin pengaruh yang merangka perubahan terhadap sebarang hubungan politik. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini