BRUSSELS: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang disyaki mempunyai pandangan pelampau kanan ditahan di Brussels pada Khamis kerana didakwa merancang serangan ‘pengganas’ terhadap sebuah masjid.
Suspek, yang dikatakan anggota kumpulan pelampau kanan, ditahan selepas pihak berkuasa merampas senjata dalam serbuan rumahnya.
Menteri Kehakiman Belgium, Paul Van Tigchelt, mengesahkan suspek berusia 14 tahun tetapi pendakwa raya tidak memberikan maklumat lanjut.
Soalan mengenai pembabitan golongan bawah umur dalam radikalisasi dibangkitkan dalam parlimen.
Laporan perisikan Belgium menunjukkan hampir sepertiga individu yang merancang serangan dalam dua tahun lalu adalah bawah umur 18 tahun.
Beliau menekankan tentang bahaya media sosial ‘mempengaruhi minda’ golongan bawah umur.
Kini, kira-kira 600 individu yang disenaraikan sebagai pelampau sedang dipantau oleh pihak berkuasa Belgium.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.