comscore
Tumpuan :
Dunia

Remaja ditemui hidup selepas 248 jam ditimpa runtuhan

Foto: Reuters Connect

ANTAKYA: Berpantang maut sebelum ajal, meskipun selepas lebih 248 jam terperangkap dibawah runtuhan bangunan, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun selamat dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Antakya, Turkiye.

Menurut agensi antarabangsa, ketika mangsa ditemui, dia dalam keadaan lemah akibat kecederaan akibat ditimpa bata dan konkrit selain dehidrasi.

Mangsa dilihat dibawa keluar dari kawasan runtuhan, ditutup dengan selimut haba oleh pasukan menyelamat sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sebelum ini, beberapa mangsa turut ditemui selamat di sekitar Turkiye, sekali gus dilihat menjadi penyuntik semangat buat pasukan SAR terus mempertingkatkan usaha.

Bagaimanapun, belum ada angka rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Turkiye dan Syria berhubung jumlah sebenar mangsa yang masih hilang.

Sehingga kini, lebih 42,000 mangsa disahkan maut dalam kejadian gempa bumi di dua negara itu.

Lebih 12,000 bangunan di Turkiye dilaporkan musnah atau rosak.

Loading...
Terkini