comscore
Tumpuan :
Dunia

Remaja Austria terlibat nahas jalan raya beberapa jam selepas lulus ujian memandu

Foto: Agensi

VIENNA: Seorang remaja Austria berusia 17 tahun terlibat dalam nahas yang mengakibatkan dua orang terbunuh, hanya beberapa jam selepas lulus ujian memandu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis berkata, hasil siasatan awal mendapati kenderaan itu terbabas di jalan kampung berhampiran Linz dan bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

Penumpang wanita berusia 16 tahun dan pemandu kereta berusia 36 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala remaja itu dan seorang lagi penumpang wanita berusia 16 tahun cedera parah. — BERNAMA-dpa

Loading...
Terkini