comscore
Tumpuan :
Dunia

Remaja 15 tahun ditembak mati di bilik mandi sekolah

MARYLAND: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun maut selepas ditembak oleh seorang lagi pelajar lain di sebuah sekolah di Maryland, Amerika Syarikat.

Menurut pihak berkuasa, remaja berkenaan yang dikenali sebagai Warren Curtis Grant ditembak oleh seorang lagi remaja berusia 16 tahun di bilik mandi Sekolah Tinggi Joppatowne, Harford County.

Suspek kemudian bertindak melarikan diri sejurus kejadian.

Grant disahkan maut oleh pegawai perubatan ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Johns Hopkins.

Polis kemudian menahan suspek beberapa jam kemudian di kawasan kejiranan berdekatan namun tidak menemui senjata api yang digunakan.

Pihak berkuasa dalam kenyataannya juga turut mengesahkan suspek bakal dibicarakan sama seperti lelaki dewasa lain.

SUMBER REUTERS

 

Loading...
Terkini