SHIJIAZHUANG: Mahkamah di China pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seorang remaja dan 12 tahun penjara ke atas seorang lagi kerana membunuh rakan sekelas mereka yang berusia 13 tahun, lapor Xinhua.
Kedua-dua tertuduh yang dikenali dengan nama keluarga Zhang dan Li, didapati bersalah atas tuduhan membunuh mangsa.
Mereka membunuh mangsa dan mengebumikan mayat pada Mac 2024, ketika mereka berdua berusia 13 tahun.
Seorang lagi tertuduh yang terlibat dalam proses itu, tetapi tidak mengambil bahagian secara langsung dalam pembunuhan tersebut, tidak dikenakan hukuman jenayah.
Keputusan mahkamah menyatakan bahawa tindakan kedua-dua tertuduh yang dijatuhi hukuman adalah amat kejam dan kedua-duanya berusia antara 12 dan 14 tahun pada masa jenayah itu dilakukan, maka mereka harus dipertanggungjawabkan secara jenayah atas perbuatan mereka.- BERNAMA-XINHUA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.