comscore
Tumpuan :
Dunia

Rejim zionis bedil sekolah, 22 terbunuh termasuk wanita hamil

FOTO: Reuters

GAZA: Pengganas Israel seakan belum puas melancarkan serangan genosid di Gaza dengan bedilan terbaharu menyasarkan sebuah sekolah yang dijadikan tempat perlindungan membunuh 22 orang.

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Gaza memaklumkan mangsa yang terbunuh termasuk kanak-kanak dan wanita hamil.

Pengeboman tentera Israel di Sekolah Al-Zaytoun turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 yang lain cedera.

Serangan tercetus selepas kebanyakan mangsa yang berlindung menerima bantuan kemanusiaan.

Sehingga kini, kekejaman Israel membunuh lebih 41,300 rakyat Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini