comscore
Tumpuan :
Dunia

Rejim terus serang Gaza, ketika Hamas runding gencatan senjata

FOTO: Reuters

GAZA: Ketika Mesir menjadi tuan rumah kepada delegasi tertinggi Hamas untuk rundingan gencatan senjata kekal, rejim Israel pula terus menerus menyerang tengah dan selatan Gaza.

Kenyataan dikeluarkan rejim menyatakan, pihaknya melanjutkan operasi di Khan Yunis dan telah melancarkan berpuluh sasaran di seluruh Gaza dalam tempoh 24 jam.

FOTO: Reuters

Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB), melaporkan lebih 80 peratus daripada 2.4 juta penduduk Gaza diusir, kini berada di pusat perlindungan dan khemah sementara di sekitar Rafah.

Dan semalam, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan serangan Israel berhampiran Al-Amal di Khan Yunis sejak dua hari lalu telah meragut 41 nyawa.

FOTO: Reuters

Rakaman jarak jauh media juga turut memaparkan kepulan asap memenuhi ruang udara sekitar Rafah.

Israel berulang kali mengatakan, salah satu matlamat serangannya adalah mengembalikan 129 tebusan yang didakwa masih berada di Gaza.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini