Tumpuan :
Dunia

Rejim Israel ceroboh kawasan Palestin, kumpulan keluarga jadi sasaran

FOTO: Reuters

GAZA: Lima operasi digerakkan rejim yang menyasarkan pembunuhan beramai-ramai membabitkan kumpulan keluarga di beberapa penempatan yang diceroboh di Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.

Tindakan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 49 rakyat Palestin terkorban dan 219 lagi cedera.

Susulan itu, menurut agensi berita Palestin, (Wafa), pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan angka kematian rakyat Palestin terus meningkat kepada 42,175 orang, manakala 98,336 lagi dilapor cedera.

Sebahagian besar mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, tidak terkecuali warga emas.

Sumber sama turut melaporkan perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mengeluarkan ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Usaha memindahkan mayat yang bergelimpangan di jalanan juga tidak dapat dilakukan ekoran rejim terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini