comscore
Tumpuan :
Dunia

Reader’s Digest hentikan penerbitan selepas 86 tahun

FOTO: AGENSI

LONDON: Majalah ikonik, Reader’s Digest akhirnya dihentikan penerbitan selepas 86 tahun apabila syarikat penerbitannya mengalami tekanan kewangan.

Ketua Pengarangnya, Eva Mackevic membuat pengumuman itu petang semalam bahawa edisi British sudah ‘tamat’.

Majalah itu yang mengumpulkan wawancara dengan pemimpin dunia, pelakon legenda dan ikon muzik dalam hampir 1,200 terbitannya, akan ‘berhenti dijual serta-merta’.

Katanya, syarikat itu tidak dapat menahan tekanan kewangan serta landskap penerbitan majalah semasa.

Penutupan itu berlaku 14 tahun selepas ia jatuh ke dalam pentadbiran kerana defisit dana pencen £125 juta (RM698.4 juta).

Majalah yang sedang bergelut itu diselamatkan oleh Better Capital sebelum dijual semula pada 2014 kepada Mike Luckwell, yang memperoleh berjuta-juta daripada syarikat TV menyiarkan episod kartun terkenal, Bob the Builder.

Buku itu diasaskan di AS oleh pasangan suami isteri iaitu DeWitt Wallace Lila di ruang bawah tanah Greenwich Village pada 1922.

Idea itu datang kepada Wallace selepas dia mengalami kecederaan ketika Perang Dunia I dan melakukan kerja pengumpulan ratusan artikel ketika menjalani pemulihan.

Walaupun konsep itu ditolak oleh 18 syarikat, Wallace tetap meneruskannya dan ia menjadi popular.

Bilangan pembaca meningkat secara besar-besaran sepanjang dekad pertama penerbitannya, sehingga edisi antarabangsa pertama diterbitkan di United Kingdom pada 1938 di bawah moto ‘Article of enduring interest’.

Menjelang awal 1960-an terdapat 23 juta orang membaca salah satu daripada 40 edisi antarabangsa yang berbeza, diterbitkan dalam 13 bahasa.

Majalah itu mempunyai sejarah berkempen yang panjang, seawal 1924 ia mencetak cerita yang mengaitkan penggunaan tembakau dengan kematian pramatang.

Subjek yang sering ditulis oleh majalah itu, terutamanya pada 1952 dengan artikel bertajuk ‘Cancer By the Carton’ yang membawa kepada penurunan terbesar perokok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini