Tumpuan :
Dunia

Ratusan traktor sekat jalan raya utama Greece

FOTO: Reuters

GREECE: Petani yang membantah dan bergelutan dengan kos pengeluaran yang tinggi dan kesan perubahan iklim, telah mengadakan tunjuk perasaan dengan meletakkan ratusan traktor di sepanjang jalan raya utama di sekitar negara itu pada Jumaat (24 Januari) berhampiran bandar utara Karditsa sekalai gus mengancam untuk menyekat laluan utama yang menghubungkan utara ke selatan negara itu.

Pelbagai tanaman di Greece terjejas oleh suhu yang tinggi, banjir dan kebakaran hutan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, satu contoh jelas bagaimana cuaca ekstrem yang dikaitkan dengan perubahan iklim memberi kesan kepada pertanian di seluruh Eropah Selatan.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis menawarkan kepada petani penyelesaian pinjaman bernilai berbilion Euro untuk membantu sektor pertanian, yang akan memberi manfaat kepada sekitar 21,000 petani.

Beliau juga berjanji untuk mereformasi skim pampasan untuk petani apabila ternakan dan tanaman mereka rosak akibat bencana alam.

Greece juga menawarkan rebat cukai untuk diesel bagi sektor pertanian dan memotong cukai jualan bagi pembelian baja dan mesin.

Negara itu telah membayar jutaan Euro dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk memberi pampasan kepada petani atas tanaman yang hilang akibat banjir teruk atau kekurangan hujan.

Namun, para petani yang memulakan bantahan pada Khamis (23 Januari) berkata langkah-langkah tersebut tidak mencukupi di tengah-tengah peningkatan kos pengeluaran, termasuk tenaga dan persaingan daripada produk import.

Mereka telah mengancam untuk menyekat jalan utama di seluruh tanah besar, yang boleh menyebabkan kekacauan lalu lintas dan mengancam pergerakan barangan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini