Tumpuan :
Dunia

Ratusan mangsa banjir di Nigeria tidur di tepi jalan raya

FOTO: Reuters

MAIDUGURI: Ratusan mangsa banjir terpaksa tidur di tepi jalan raya selepas pusat penempatan sementara banjir di Nigeria mencapai tahap maksimum.

Salah seorang mangsa seperti Kaltum Mohammed, seorang ibu kepada lima orang anak, terpaksa tinggal di luar kem setelah permintaan mereka masuk ke kem terbabit ditolak kerana kem tersebut telah penuh.

FOTO: Reuters

“Kami tidak dibawa ke kem. Mereka memberitahu bahawa kem sudah penuh. Mereka berjanji untuk membawa kami ke kem lain, tetapi sehingga kini, tiada apa-apa yang berlaku. Kami terdampar di sini,” katanya.

Mangsa dan ratusan yang lain bukan sahaja berdepan dengan masalah kelaparan, malah berdepan hujan yang berterusan dan gigitan serangga.

FOTO: Reuters

Juga terdapat warga emas di khemah berhampiran yang hidup dalam keadaan yang sangat daif.

“Kami telah berada di sini selama seminggu tanpa menerima sebarang bantuan atau sokongan daripada kerajaan, malah suntikan perubatan sekalipun. Kami bergelut dengan kelaparan, dahaga, dan gigitan nyamuk. Saya telah sakit selama setahun, dan keadaan saya semakin buruk disebabkan kesusahan ini,” kata mangsa kepada Reuters.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini