comscore
Tumpuan :
Dunia

Ratu Elizabeth II Dilabel Penjenayah Setaraf Adolf Hitler

TEHRAN: “Peninggalan Ratu Elizabeth II dipenuhi dengan kejahatan, kekejian dan kotoran.”

Itu penegasan seorang ahli akademik Iran yang melabelkan mendiang sebagai seorang ‘penjenayah’ terbesar dalam sejarah umat manusia.

Foad Izadi yang merupakan tetamu undangan dalam stesen televisyen, Channel 1 Iran membandingkan mendiang ratu dengan pemerintah Nazi Jerman, Adolf Hitler.

Bahkan, jelasnya, berita kemangkatan mendiang adalah khabar baik bagi penduduk di negara-negara yang pernah ditindas oleh Britain.

“Mungkin, mengingati 70 tahun mendiang menaiki takhta perlu dimasukkan dalam daftar yang sama dengan Hitler.

“Dari sudut pandang tertentu, kita perlu bersedih bahawa kerabat diraja ini mangkat kerana belum diadili, tidak dihukum dan belum membayar kejahatannya,” katanya.

Menurut Foad, pencerobohan dan penjajahan tentera Britain di seluruh dunia yang dilakukan selama ini adalah atas nama baginda.

“Angkatan bersenjata Inggeris adalah angkatan bersenjata Ratu. Jadi, kita hanya memiliki segelintir individu yang terlibat dalam begitu banyak kekejaman di abad terakhir seperti Hitler, beberapa Presiden Amerika Syarikat dan Ratu Elizabeth II.

“Jumlah penduduk dunia yang terbunuh mencecah jutaan nyawa dan ratu perlu bertanggungjawab atas perkara itu. Keadilan tidak diberikan kepada individu paling kejam di abad terakhir itu,” katanya.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Iran tidak memberi sebarang ulasan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Foad serta kenyataan rasmi berhubung kemangkatan mendiang. – AFP

Loading...
Terkini