
JORDAN: Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk merampas Semenanjung Gaza adalah satu pelanggaran serius terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Ia juga tindakan yang dianggap melanggar penyelesaian dua negara.
Menurut seorang sarjana Jordan, Omar Al-Armouti, rancangan Trump itu tidak akan mempromosikan keamanan dan kestabilan di Asia Barat, sebaliknya hanya akan mencetuskan kekacauan.
Ia juga menjejaskan legitimasi Negara Palestin.
Rancangan Trump itu tidak hanya ditentang hebat dunia Arab, malah menerima kecaman meluas pemimpin Eropah dan pemimpin antarabangsa lain.
Pun begitu, Trump seakan memekakkan telinga terhadap pelbagai reaksi dunia, berlagak seperti berkuasa ke atas segalanya.
Trump juga menyatakan, beliau terbuka kepada kemungkinan membenarkan sebilangan pelarian Palestin masuk ke Amerika Syarikat, tetapi akan mempertimbangkan permohonan itu berdasarkan kes demi kes.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.