comscore
Tumpuan :
Dunia

Rampasan kuasa, tentera singkir presiden Niger

Foto : Reuters

NIAMEY: Presiden Niger Mohamed Bazoum disingkirkan daripada kuasa.

Perkara itu dinyatakan kumpulan tentera melalui siaran di televisyen nasional negara Afrika Barat itu.

Siaran berkenaan juga ke udara beberapa jam selepas pemimpin itu ditahan di Istana Presiden, di ibu kota Niamey.

Foto : Reuters

Teks yang dibaca tentera itu juga menyatakan sempadan negara terbabit telah ditutup dan perintah berkurung di seluruh negara diisytihar sehingga satu tempoh dimaklumkan kelak.

Operasi di semua institusi negara berkenaan juga digantung serta merta.

Dalam pada itu, tentera turut memberi amaran terhadap sebarang campur tangan asing.

Rentetan perkembangan ini, kesatuan wilayah afrika barat (ECOWAS) mengecam tindakan berkenaan dan meminta sebarang isu berbangkit dibincang bagi penyelesaian terbaik.

Loading...
Terkini