comscore
Tumpuan :
Dunia

Rampasan Dadah Terbesar Australia Bernilai RM5 Bilion

Polis Australia menemui dadah disembunyikan dalam jubin marmar yang dipercayai dibawa masuk dari UAE ke Sydney. – FOTO : AP

SYDNEY : Pihak berkuasa Australia menemui dua tan methamphetamine bernilai AS$1.1 bilion atau hampir RM5 bilion yang diseludup dari Emiriah Arab Bersatu.

Dadah itu disembunyikan dalam jubin marmar dalam beberapa kontena, sekali gus menjadikannya rekod rampasan dadah terbesar di negara itu.

Jurucakap polis dalam satu sidang media memberitahu, lebih 1,800 kilogram lagi dadah ditemui dalam 19 kontena yang tiba di pelabuhan sama minggu lalu.

Dadah itu disembunyikan dengan cara sama dan semuanya dihantar dari Emiriah Arab Bersatu 

Ia dijadualkan untuk dihantar ke sebuah kilang di barat Sydney untuk diproses

Setakat ini tiga suspek berusia 24, 26 dan 34 tahun telah ditahan dan bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan mengedar dadah.

Siasatan kes juga tertumpu kepada usaha mengenal pasti pembekal luar negara dengan fokus utama di rantau Asia Barat.

Loading...
Terkini