
DAMSYIK: Kerajaan baharu Syria pada hari mengumumkan permulaan bulan suci Ramadan pada Sabtu, selepas mengesahkannya secara astrologi.
Ahli Persatuan Astronomi mengadakan acara di puncak Gunung Qassioun, yang menghadap ibu negara, Damsyik, untuk memerhati bulan menggunakan teleskop.
Ramadan kali ini adalah yang pertama sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada Disember 2024 dan berakhirnya pemerintahan dinasti Assad selama 54 tahun.
Walaupun rakyat Syria menyambut bulan suci ini dengan penuh keinsafan, mereka masih bergelut dengan krisis ekonomi yang teruk akibat cabaran ekonomi yang berterusan dan peperangan yang berlarutan. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.