HAVANA: Kerajaan Cuba berkata ia sedang berusaha untuk memulihkan semula perkhidmatan bekalan elektrik di seluruh negara itu selepas media kendalian kerajaan semalam melaporkan grid elektrik nasional gagal beroperasi buat kali kedua dalam tempoh 24 jam.
Pegawai elektrik tertinggi negara itu, Lazaro Guerra, berkata bahawa satu lagi kerosakan grid di barat Cuba telah memaksa juruteknik untuk menyambung semula tiga loji janakuasa penting kepada sistem.
Grid elektrik Cuba mula dikesan gagal beroperasi sekitar tengah hari pada hari Jumaat selepas salah satu loji janakuasa terbesarnya menutup operasi secara tiba-tiba menyebabkan lebih 10 juta terputus bekalan elektrik.
Malah sebelum grid elektrik bermasalah, kekurangan bekalan elektrik pada hari Jumaat telah memaksa kerajaan Cuba memanggil kakitangan kerajaan di luar negeri yang tidak penting pulang dan membatalkan sesi persekolahan untuk menjimatkan penggunaan bahan api untuk penjanaan elektrik.
Penghantaran bahan api ke Cuba telah menurun dengan ketara pada tahun ini, kerana Venezuela, Rusia dan Mexico, yang pernah menjadi pembekal utama, telah mengurangkan eksport.
Kerajaan Cuba juga menyalahkan embargo perdagangan A.S., serta sekatan di bawah Presiden Donald Trump ketika itu, kerana kesukaran yang berterusan dalam memperoleh bahan api dan alat ganti untuk mengendalikan dan menyelenggara loji minyaknya. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.