TEL AVIV: Ketua pengganas rejim, Benjamin Netanyahu terus menerima tekanan daripada rakyat apabila puluhan ribu penunjuk perasaan berkumpul di Tel Aviv mendesak dia menggandakan usaha membawa pulang baki tahanan yang masih berada di Gaza.
Antara penunjuk perasaan adalah keluarga tebusan, termasuk beberapa yang ahli keluarganya ditemui mati di sebuah terowong di selatan Gaza, 1 September lalu.
Keluarga tebusan mengutuk Netanyahu kerana meletakkan nyawa orang tersayang mereka dalam bahaya, dengan mengekalkan tentera Israel di Koridor Philadelphi daripada menumpukan usaha membebaskan tebusan.
Walau bagaimanapun, Netanyahu tetap angkuh mempertahankan pendiriannya bahawa mengekalkan tekanan terhadap Hamas adalah penting untuk memastikan pembebasan 101 tahanan yang masih berada di Gaza.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.