comscore
Tumpuan :
Dunia

Raja Charles Ucap Terima Kasih Sokongan Dunia

LONDON: Raja Charles III mengucapkan terima kasih kepada rakyat Britain dan seluruh dunia di atas ucapan mereka selepas kematian ibunya, Ratu Elizabeth II.

Pengebumian negara untuk Ratu Elizabeth diadakan di Westminster Abbey di London hari ini, mengakhiri 10 hari upacara khidmat dan perkabungan dengan ratusan ribu orang memberi penghormatan kepada ratu berusia 96 tahun itu yang berada selama tujuh dekad di atas takhta.

“Sejak 10 hari lalu, saya dan isteri sangat terharu dengan banyak mesej takziah serta sokongan yang kami terima dari negara ini dan di seluruh dunia.

“Di London, Edinburgh, Hillsborough dan Cardiff, kami sangat terharu dengan semua orang yang bersusah payah datang untuk memberi penghormatan untuk perkhidmatan sepanjang hayat ibu tersayang, mendiang ratu.

“Ketika kita semua bersiap untuk mengucapkan selamat tinggal terakhir, saya hanya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang tidak terkira banyaknya yang sudah memberikan sokongan dan rasa senang kepada keluarga dan diri saya di saat tempoh masa kesedihan ini,” kata Charles, yang menjelajahi United Kingdom sejak kematian ibunya, dalam satu kenyataan.

Selepas perkhidmatan di Westminster Abbey, keranda ratu akan dibawa ke Windsor di mana mendiang akan dikebumikan bersama suaminya, Putera Philip.

Ia akan menamatkan tempoh perkabungan negara di Britain, walaupun perkabungan diraja akan diteruskan selama tujuh hari lagi. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini