comscore
Tumpuan :
Dunia

RAGBI: Skuad ragbi 7 sebelah mahu perbaiki kedudukan di Korea.

Foto skuad ragbi wanita negararagbi

INCHEON – Penampilan bertenaga berjaya disajikan skuad ragbi wanita kebangsaan pada Siri Ragbi Asia 7 Sebelah yang memasuki pusingan kedua di Incheon, Korea.

Tamat saingan peringkat kumpulan, skuad wanita negara berjaya menduduki tempat ketiga kumpulan B selepas berjaya merakam satu kemenangan dari tiga perlawanan yang ditempuhi.

Memulakan saingan dengan kekalahan besar 0-40 kepada pasukan negara jiran, Thailand, rentak permainan skuad wanita semakin goyah sebelum tewas 0-46 kepad Jepun.

Namun, perlawanan terakhir kumpulan menentang Filipina, aksi berbeza berjaya disajikan Malaysia.

Rozliana Mohd Ridwan mencipta sensasi buat kem Malaysia selepas usaha keras yang dilakukan dalam satu pasukan berjaya menghasilkan try sulung skuad wanita negara.

Lebih mengujakan, mata yang diraih berjaya dipertahankan dengan Malaysia ceria memenangi perlawanan dengan keputusan 5-0.

Menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga, skuad wanita akan meneruskan cabaran di penentuan klasifikasi 5/8, akan berdepan Sri Lanka esok.

Dalam pada itu, nasib berbeza dialami skuad lelaki, tewas kesemua perlawanan peringkat kumpulan B hari ini.

Skuad negara tunduk 0-31 ketika berdepan Jepun sebelum tampil melawan berdepan pasukan tuan rumah, Korea.

Malaysia berjaya memperolehi try menerusi Azwan Zuwairi Mat Zizi di penghujung perlawanan dengan skuad negara tewas 7- 24 kepada Korea.

Perlawanan terakhir kumpulan, agak sengit ketika menentang Filipina dengan Malaysia terlebih dahulu di depan menerusi try Ahmad Azhad Rifqi Redzuan.

Disusuli dengan try Harith Iqbal Muhd Anhar, namun Filipina kembali membalas pada setiap try sebelum Harrison Blake memberikan mata kemenangan kepafa Filipina dengan Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan 12-19.

Klasifikasi 5/8 esok, skuad lelaki negara dijadualkan bertemu Emiriah Arab Bersatu, UAE.

Loading...
Terkini