comscore
Tumpuan :
Dunia

Radioaktiviti air laut sekitar loji Fukushima di bawah had – Jepun

Loji nuklear Fukushima Daiichi mula melepaskan air terawat ke Lautan Pasifik Khamis lalu. – Foto : Reuters

TOKYO: Kementerian Alam Sekitar Jepun hari ini memaklumkan ujian ke atas air laut berhampiran loji nuklear Fukushima tidak mengesan sebarang radioaktiviti, beberapa hari selepas pelepasan air terawat yang digunakan untuk menyejukkan reaktor nuklear.

Negara Asia timur itu Khamis lalu mula melepaskan air dari loji Fukushima yang lumpuh ke Lautan Pasifik, mencetuskan protes dari dalam Jepun dan negara jiran selain mendorong China mengharamkan import produk akuatik dari Jepun.

Ujian Kementerian Alam Sekitar terhadap sampel yang diambil dari 11 lokasi berhampiran loji menyimpulkan kepekatan tritium isotop radioaktif di bawah had pengesanan yang lebih rendah – 7 hingga 8 becquerel tritium seliter.

Ia berkata air laut tidak akan memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

Kementerian akan menerbitkan keputusan ujian setiap minggu sekurang-kurangnya untuk tiga bulan akan datang dan kemudian akan menyemak masa pendedahan lanjut, kata seorang pegawai kepada Reuters hari ini.

Agensi Perikanan Jepun semalam berkata ujian ke atas ikan di perairan sekitar loji itu tidak mengesan tritium.

Pengendali loji Tokyo Electric Power Co (Tepco) pada Jumaat berkata air laut berhampiran loji itu mengandungi kurang daripada 10 becquerel tritium seliter, di bawah had yang dikenakan sendiri oleh pihaknya iaitu 700 becquerel dan jauh di bawah had Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu 10,000 becquerel untuk air minuman.

Tepco berkata ia tidak mengesan sebarang perubahan ketara. – REUTERS

Loading...
Terkini