Tumpuan :
Dunia

Qatar mahu PA kembali tadbir di Gaza

FOTO: REUTERS

DAVOS: Qatar berharap Pihak Berkuasa Palestin atau Palestin Authority (PA) akan kembali memainkan peranan mentadbir Gaza, sebaik perang dengan Israel tamat.

Menurut Perdana Menterinya, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, hanya penduduk Gaza yang sewajarnya hala tuju pentadbiran wilayah itu.

Kenyataan ini dibuat di luar sidang WEF di Davos.

Ujarnya, pelbagai isu perlu diatasi, dan perjalanan untuk memulihkan Gaza masih panjang dengan kemusnahan yang telah berlaku sejak 15 bulan lalu.

Tambah beliau, bagaimana Gaza akan ditadbir selepas perang tidak dibincangkan secara langsung dalam perjanjian antara Israel dan Hamas yang membawa kepada gencatan senjata segera dan pembebasan tebusan selepas hampir 15 bulan rundingan yang diusahakan oleh Qatar, Mesir, dan Amerika Syarikat (AS).

Israel seperti lazimnya menolak sebarang peranan pemerintahan oleh Hamas, yang mentadbir Gaza sebelum perang.

Namun ia juga hampir sama menentang pemerintahan oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA), badan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Damai Oslo sementara tiga dekad lalu dengan kuasa pemerintahan terhad di Tebing Barat.

PA, yang didominasi oleh puak Fatah yang diasaskan oleh bekas pemimpin Palestin Yasser Arafat, menghadapi tentangan daripada puak pesaing Hamas, yang mengusir PA dari Gaza pada tahun 2007 selepas perang saudara singkat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini