INDONESIA: Sekurang-kurangnya enam orang cedera dalam kejadian puting beliung yang melanda Pulau Kasu, Riau
Angin kencang turut mengakibatkan sekitar 30 hingga 40 rumah penduduk rosak.
Menurut Ketua Penduduk Pulau Kasu, pihaknya sedang melakukan penelitian jumlah kerosakan
Pada masa sama, usaha membersihkan kawasan sedang dilakukan penduduk
Tiada korban jiwa dilaporkan setakat ini
Pihaknya juga sedang mengenal pasti lokasi untuk dijadikan tempat perlindungan sementara bagi penduduk yang terjejas
Pihak berkuasa tempatan juga pada masa sama sedang berusaha menguruskan bantuan kepada mangsa – ANTARANEWS