comscore
Tumpuan :
Dunia

Putin mungkin hadir pada pelancaran loji tenaga nuklear pertama Turkiye pada April – Erdogan

FOTO: REUTERS

ANKARA : Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin mungkin berkunjung ke Türkiye pada 27 April untuk menghadiri majlis perasmian loji kuasa nuklear Akkuyu.

Dalam temu bual dengan saluran berita ATV-A Haber, Erdogan berkata Putin mungkin hadir sendiri di Mersin atau hadir menerusi telesidang, lapor Xinhua.

Projek itu yang terletak di wilayah Mersin, di tenggara Turkiye, merupakan loji nuklear pertama Türkiye. Ia dijangka menghasilkan 35 bilion kilowatt-jam (kWj) elektrik setiap tahun dan akan memenuhi kira-kira 10 peratus keperluan elektrik domestik.

Ia merupakan projek loji tenaga nuklear pertama di dunia yang dilaksanakan melalui model bina-milik-urus.

Mengikut kontrak, firma Rosatom Rusia bersetuju menyediakan pelan reka bentuk, pembinaan, penyelenggaraan, operasi dan penugasan operasi loji janakuasa itu.  – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini