comscore
Tumpuan :
Dunia

Putera Mateen berkahwin Januari tahun depan 

BANDAR SERI BEGAWAN: Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam awal tahun depan menurut portal berita RTB Brunei.

Putera Mateen, 32, adalah anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Sering mengambil bahagian dalam acara polo ekuestrian, Pengiran Muda Abdul Mateen pernah memenangi dua pingat gangsa untuk Brunei di Kejohanan Sukan SEA.

Bakal pengantin perempuan pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, Penasihat Khas kepada Sultan Brunei.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu dijangka berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari tahun depan.

Majlis akad nikah pasangan ini dijadual berlangsung pada 11 Januari.

Acara puncak istiadat perkahwinan selama 10 hari ini merupakan Majlis Bersanding Pengantin Diraja yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Pasangan diraja ini kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Majlis resepsi pula akan diadakan pada malam 15 Januari.

Loading...
Terkini