Tumpuan :
Dunia

Putera Harry dijangka beri keterangan di Mahkamah 

Foto: reuters

LONDON: Putera Harry dijangka hadir ke Mahkamah Tinggi London untuk memberi keterangan dalam tuntutan mahkamah terhadap penerbit sebuah akhbar tabloid.

Putera bongsu kepada Raja Charles III itu juga bakal mencipta sejarah menjadi ahli keluarga diraja kanan Britain pertama yang memberi keterangan di mahkamah dalam tempoh 130 tahun.

Anak sulung Ratu Victoria, Putera Albert Edward pernah memberi keterangan dua kali di mahkamah dalam perbicaraan fitnah pada 1890 sebelum menjadi raja.

Duke of Sussex itu antara 100 tokoh berprofil tinggi yang mendakwa penerbit akhbar berkenaan terlibat dalam aktiviti haram, termasuk penggodaman telefon dan pencerobohan hak dan privasi.

Foto: reuters

Kes itu antara beberapa kes yang dibawa Harry terhadap kumpulan akhbar Britain, sejak berundur daripada tugas diraja pada awal 2020 dan berpindah ke Amerika Syarikat (AS).

Harry, berada di barisan kelima pewaris takhta, mempunyai hubungan yang sukar dengan media, terutama sejak meninggalkan Britain bersama isterinya, Meghan, yang juga warga Amerika Syarikat.

Selain memfailkan beberapa tindakan undang-undang, pasangan itu juga berulang kali menyelar tindakan berhubung dakwaan pencerobohan privasi, khususnya oleh jurugambar.

Loading...
Terkini