TEL AVIV: Puluhan ribu rakyat Israel turun ke jalanan di Tel Aviv, untuk membantah rombakan kehakiman yang dilakukan perdana menteri Benjamin Netanyahu, walaupun penggantungannya telah diumum Netanyahu.
Bagaimanapun media Israel menganggarkan lebih 150 ribu orang menghadiri protes anti-kerajaan yang terbesar di hab komersial Tel Aviv.
Penunjuk perasaan menuntut rombakan kehakiman itu dibatalkan sepenuhnya.
Disebabkan terdapat pergolakan domestik dan luahan kebimbangan serta ketidak-setujuan Washington, Netanyahu menangguhkan sementara rombakan itu pada Isnin lalu, untuk membolehkan rundingan mengenai kompromi antara gabungan agama-nasionalisnya dan parti pembangkang.
Salah satu faktor utama yang mencetuskan bantahan besar-besaran itu ialah desakan pakatan pemerintah untuk memperoleh lebih kuasa dalam melantik hakim, termasuk Mahkamah Agung. Pengkritik melihat tindakan kerajaan sebagai ancaman kepada kebebasan mahkamah dan cubaan rampasan kuasa undang-undang.
Netanyahu, dibicarakan atas tuduhan rasuah yang dinafikannya berkata, pembaharuan diperlukan kononnya untuk mengimbangi cabang kerajaan. Parti Likud dan sekutu politiknya di sayap kanan telah menyeru pangkalan politik mereka untuk mengadakan demonstrasi balas. – REUTERS