comscore
Tumpuan :
Dunia

Puluhan ribu penduduk Gaza diancam penyakit

Warga Palestin yang meninggalkan rumah mereka akibat serangan tentera Zionis, tinggal bersesak dalam khemah sehingga menyebabkan mereka terdedah pula kepada ancaman penyakit termasuk cirit-birit dan jangkitan pernafasan. – FOTO: Reuters

GAZA: Keadaan pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza yang sesak dengan puluhan ribu penduduknya meningkatkan ancaman penyakit, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Sabtu.

Tugas mereka berdepan jalan sukar dengan perkhidmatan kesihatan di kawasan berkenaan sudah sekian lama terbeban disertai gelombang pemindahan baharu yang diarahkan tentera Israel.

Jangkitan pernafasan dan cirit-birit adalah antara penyakit paling banyak dilaporkan di pusat perlindungan kecemasan, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus di platform media sosial X pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kira-kira 180,000 orang menderita jangkitan pernafasan manakala lebih 136,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami cirit-birit yang boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Terdapat juga lebih 55,000 kes kutu dan kudis.

Menurut OCHA, Tabung Kanak-kanak PBB telah menghantar 600,000 dos vaksin ke Semenanjung Gaza pada Jumaat.

Matlamatnya adalah untuk kanak-kanak menerima imunisasi rutin pada tahun depan walaupun dilanda perang. Imunisasi itu, termasuk difteria, tetanus dan batuk kokol. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini