comscore
Tumpuan :
Dunia

Puluhan maut dalam siri serangan tentera Zionis di Gaza

FOTO: Reuters

GAZA: Puluhan maut dalam dalam siri serangan tentera rejim Zionis di Gaza dalam tempoh 24 jam.

Rafah dan Khan Younis merekodkan 32 kematian.

Sasaran lain termasuk di al-Sahaba, Gaza City yang meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa dengan sejumlah yang lain cedera.

Satu lagi serangan di Daraj mengakibatkan sejumlah penduduk cedera termasuk kanak-kanak.

FOTO: Reuters

Di Tebing Barat, ketegangan turut tercetus di antara Pejuang Palestin dengan tentera Israel di Jenin.

Pertempuran berlaku ketika serbuan tentera rejim yang turut menyaksikan sekurang-kurangnya tiga penduduk Palestin ditahan.

Terdahulu, 10 individu termasuk wanita dan kanak-kanak ditahan tentera rejim di daerah Qalqiya – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini