comscore
Tumpuan :
Dunia

Puluhan kematian di Gaza dalam tempoh 24 jam

Foto: Reuters

GAZA: Puluhan kematian dicatatkan di Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.

Pengganas rejim melancarkan lebih 20 serbuan di pelbagai lokasi.

Tujuh kematian dilaporkan dalam serangan ke atas sekolah di Beit Lahiya.

Tiga lagi kematian membabitkan seorang ibu bersama dua anaknya di Gaza City selepas kediaman mereka di bom pengganas rejim.

Enam lagi kecederaan dilaporkan dalam bedilan ke atas sebuah lagi kediaman.

Barat Jabalia pula menyaksikan bedilan ke atas sebuah rumah meragut sejumlah nyawa penduduk.

Turut jadi sasaran Kem Pelarian di wilayah sama serta daerah at-Twam dan Sheikh Radwan di Gaza City.

Ketegangan di Tebing Barat pula menyaksikan kanak-kanak berusia 11 tahun dibunuh pengganas rejim di Nablus.

Tiga penduduk Palestin ditahan di bandar Qalqiya dan seorang lagi di Baitulmaqdis.

Pengganas rejim turut melancarkan serbuan di beberapa lokasi lain termasuk Hebron, Jericho, Nablus dan el-Bireh – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini